Pages

Sunday 4 August 2013

Praktikal oh Praktikal

Tadaaaa!!!

Bertuah punya budak! Salam mana salam?

ASSALAMUALAIKUM....

Gila lama aku tak update blog budak gomok ni. Sorry lerr.. bukan ape, sibuk sikit.. Kesihatan plak tak berapa nak ok time exam baru ni..

Sekarang??? Haaaa.. Currently, aku dok buat praktikal kat hospital kerajaan dekat2 dengan rumah aku ni je. Bukan ape, nak cut cost. Dok umah sendiri tak payah bayar sewa. Makan pon free. Hehehe.. 

Ramai jugak la yang tanya, "Kenapa hospital?", "Misi ke?", "Doktor ke?", "Finance kn? Buat mende kat hospital?"

Tak salah la dieorang tanya macam tu. Yela, lagi baik buat kat company mana2 or other organization kan. Ok la, FYI, kat mana2 organization pon atas muka bumi ni wajib ade finance department die. Kalau tak, macam mana finance's organization nk jalan kan?

"Kenapa hospital? Dah habis tempat ke? Diploma dulu pon praktikal kat hospital jugak kan?"
Jawapan aku, TAK TAU LAAA... Berkenan dengan hospital kot. Kecik2 dulu nak jadi doktor. Disebabkan diri ni tak berapa nak pandai, praktikal kat hospital pon jadi laa... Hahaha.. Boleh blah tak jawapan tu? 

Lagipon aku try nak bezakan management kat private and government hospital. Wah, ade misi tuh! 


Haaa... ni la keje aku kat sini. 1st month ni, buat keje biasa2 je before move to keje yang berat2.
*tapi bila dah hari2 buat keje gini, agak bosan la wei.. (T__T)

Sunday 28 April 2013

one by one

Ape yang one by one nye??

One by one my friends dah tukar status la


    • Single -> Engaged
    • Engaged -> Married

Ingat ape?? Hahaha.. Ye la, lately banyak pulak wedding invitations aku dapat. Happy for them coz dah bertemu dengan jodoh diaorang. Aku harap korang live happily ever after, jadi isteri yang solehah / suami yang soleh dan dapat babies yang comel-comel!!

Aku?? Tunggu dan berdoa je la... Doakan aku ye!  v(^___^)v



My lobly cousin, Syazwan + Azimah. Tunang suda..

My ex-classmate, Saiful Bahri + his wife. Congrats bro!!

with tunangan-tunangan orang..
si baju purple+crown : nur & sham
si baju coklat : kak ja &khairi

Maya + abab.. PRU wedding.. Hehe.. 


Diana + Dr. Fadli.. Comel je gambar tunang dieorang!

*sumber gambar : Facebook korang..  (^_^)

Wednesday 17 April 2013

*sigh*

Not feeling good.. I'm REALLY not.. *sigh*

Seriously, aku tak suka perasaan ni. Aku rasa down, aku rasa aku ni useless, aku rasa aku ni the worse person in the world, aku rasa aku ni totally di ignore, macam-macam la.. Kenapa eh? Aku ada buat salah ke? Macam nak gila pon ada.. Study + financial + orang tu + orang ni.. semua buat aku serabut..

I'm try my best to hide all these feeling, but i'm only a human. Human being. I couldn't stop my tears to drop down every night, every times when i'm thinking all these things. 

Macam mana nak cakap eh?? Aku nak jaga hati semua orang yang aku sayang. Aku tak nak diaorang susah hati pasal aku. Cukup la malam tu yang aku cerita problems aku kat buddies. Aku tak sampai hati tengok diaorang risau. So, what should i do now? Acting. Real acting. Senyum, gelak.. Haiiihhh.... Tak suka!!

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim.. 
Kau tenangkanlah hatiku, Kau permudahkanlah urusanku, Kau jauhkanlah diriku daripada segala bencana.. 

Aku harap perasaan ni just sementara. Mungkin aku terlebih fikir kot.. Ok. Try to think positif!


**Post ni bukan nak mintak simpati or something else. 
Aku just nak express my feeling kat sini. Thanks!

Thursday 14 March 2013

Dugaan + cabaran = ???

Dalam sehari dua ni, banyak cabaran dan dugaan yang datang kat aku. Kadang-kadang, terfikir jugak nak give up. Tapi fikir balik, tak kan nak menyerah macam tu je. Dah pergi jauh sangat dah ni. Penat + letih sangat dengan dugaan ni.

Astaghfirullahalazim... ape mengeluh ni Aini Yuhanis???!!! Tak baik! 

Supposedly, u should say, La Ilahaillallah.. Alhamdulillah, Thank you ALLAH S.W.T...

Sebab?? Sebab DIA bagi cabaran dan dugaan kat kita la. Bila ALLAH buat macam tu, tandanya DIA ingat dan sayang kat kita. Yang penting sekali, ALLAH ni baik sangat kerana dia takkan bagi dugaan yang diluar kemampuan kita. Kalau kita sabar and think positive, In Shaa Allah ada la hikmahNya tu. Don't worry. Masalah lah yang boleh mematangkan fikiran dan diri kita. So, sekarang ni, aku kena be calm, think positive dan selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan Amin.. In Shaa Allah.

Korang yang baca ni pon, kalau ada problems menghempap kepala korang, sabar ok! Be happy and don't give up!



Wednesday 6 March 2013

Rindu!!!!!!

Dah masuk semester baru ni, environment, kawan2 suma baru.

Paling terasa, bila balik rumah sewa. Masuk2 je, semua dah lain. Environment rumah, housemates, roommates, semua dah lain. Dah la aku ni jenis yang susah nak masuk dengan orang kalau baru kenal. Lama2 ok la kot.

Seriously, i feel like stranger!!
Rindu dengan housemates dulu....


  • tengok drama, movie, bola sepak, etc sambil feeling sama-sama..
  • nyanyi, menari sama-sama (aku nyanyi je la yang mampu.. hehe)
  • borak, ber'gossip' sama-sama.
  • lepak sama-sama.
  • buat kuih raya ngan Fatin, jahit manik ngan Ida.
  • banyak lagi laaaa.....

Nak je jerit biar diaorang dengar..
Zira! Abby! Widad! Tihah! Aida! Ida! Lina! Yah! Tina! Atie! Fatin! Madi! Wani! Yaya!
Rindu kat korang!!!!!!! 


Tapi nak buat macam mana, life must go on. Nanti kita jumpa ya kawan2. Hehe.. 
By the way, thanks tu my buddies yg always dengan aku.. Bella, Erni dan Meen. Sayang korang ketat2 la!!  (^___^)

Aja Aja Hwaiting Aini Yuhanis!!!!! 

Wednesday 13 February 2013

Jalan-jalan!!!

Dalam 1 hari, boleh buat jalan2 banyak tempat!! It's was fun!!
Actually, kebetulan member2 aku dari KL ( Miss Yuyu, Mrs. Emieza and Miss Maisarah ) datang kenduri kat Kelantan, so aku bawak la dieorang pergi jalan2 kat tempat yang aku sendiri pon tak pernah pergi. Alhamdullah, my saver, Miss Nabila ade time tu. Dapat la dia tolong drive and guide. Nak harapkan aku?? Memang tak lar... hehehe.. Thanks buddy! So, check it out!!

1. Masjid Beijing, Rantau Panjang - First Time -

Cantik kan? Die punya reka bentuk. Memang cantik la. Macam dok kat Beijing plak rasanya,
Alhamdulillah, kitaorang dapat solat Zuhur dan Asar kat sini.

2. Munduk, Thailand - banyak kali pergi daa.. hehe.. -
Nak pergi sana, kena naik bot ni. Daratan kat seberang tu la Thailand! Sekali naik, RM1. Best woo... Mencabar. Tapi, no need passport. So, paham2 je la ye.
Haaa... Ini la yang best pasal Munduk ni. Shopping!!! Barang gila MURAH!! Macam2 ada. Sape yang tak gila kan, kalau tudung yang RM 25 kat sini, bleh dapat RM 13 kat sana. Kan?

3. Wat Pothivihan, Tumpat ( Budak2 ni panggil 'Budha Baring' ) - First Time -
Besar tak? Besar tak? Ni kira rumah ibadat penganut agama Budha la. Tempat ni dah jadi tempat pelancongan kat sini.
4. KB Burger Bakar ( Depan Pizza Hut, Kota Bharu ) - Banyak kali daa -
Beef + Cheese Burger
Memang sedap!! Tapi, nak menunggu mende alah ni, memang menguji kesabaran la. 2 jam!! Dalam 2 jam tu, kitaorang sempat makan mee sup dan meggie goreng buat alas perut (konon).

5. Wakaf Che Yeh
Sape la tak kenal tempat ni. Sesiapa je yang datang Kelantan wajib datang sini. Shopping lagi. Malam tu, member2 aku tu beli jersi n cop nama skali. Murah, RM 6 including nombor yg besar kat belakang tu.



Macam tu la cerita dia. Kitaorang balik homestay dalam 2 a.m.. Hehe.. Biasa la. Jalan2 kan.. Nak tau lebih lanjut pasal tempat2 di atas, sila tanya En. Google. Dia sedia menjawab. Hehehe...

*gambar2 tu, ehsan dari member2 aku tu. Al-maklum la. Henpon abis bateri.

Wednesday 23 January 2013

Movies Marathon

Tanggal 210113, exam dah habis untuk sem ni! Rasa mende eh?? Of couse la happy!!! (lagi mau tanya ke??) Mana tak nye, tengok housemates semua da abis awal, siap dah balik kampung lagi. Seksa jiwa tau. Huhu..

So, apa lagi. Malam tu, aku dgn Bella, As Barney dan Meen melancarkan.. Movies Marathon!! Best wooo... 4 movies dalam 1 malam. 12 am - 6 am. Hehe..


1  . PE3
   
 boleh la kot dari tak de.. hehe.. Tp tang David Teo tu, tergolek aku  
           tgk die cakap. ups, bkn cakap, menjerit kot.

2  . Minyak Dagu

            Orang dok gebang kat Tweeter yang kata movie ni best. Try nak
            tengok. Best.. Tapi, biasalah, kalau cerita hantu melayu ni, semua  
            tempat mentol lampu tak nyala. Tapi paling kelakar skali, yang last  
            part, time hantu nak gigit Azman, lepas tu kena panah petir. Dengan
            hantu2 skali terkejut. Haha..

3  .  Seram Sejuk

nampak macam cerita bodoh kan??? tapi seriously aku cakap, best gila!  
           Golek2 kitaorang gelak tengok cerita ni. Hahaha..
4  .  Aku, Dia dan Tong Sampah


           Haaa... ni la dia cerita favorite aku.. Sebab ape?? Sebab ada Beto  
           Khusyairi. Ngeh3.. Tak de la. Jalan cerita dia memang best pon. Ayat 
           yang best sekali sampai si Bella pon post kat fb dia, "Hanya orang 
           yang tak yakin pada diri sendiri je yang jawab soalan dengan soalan". 
           Chewah! Dalam maksud tu.. So, tengok la cerita ni.


        


Waaa... semua cerita melayu kan? Nak buat macam mana, memang suka tengok cerita melayu. Kalau cerita omputeh, aku layan cerita hantu & cerita menari2 je. Pernah sekali aku g tengok wayang cerita Transformers. Aku?? Siap tido lagi! So, boleh imagine la betapa aku tak minat movie2 macam tu kan.. Hehehe.. Macam2.. Well, it's me!!  (^___^)